Thursday, 14 March 2013

Tempat meletak kenderaan mengikut segmen warga UUM

UUM mengutamakan warga UUM dengan menyediakan tempat meletak kenderaan yang lebih spesifik untuk kesenangan warga UUM.
UUM menyediakan tempat meletak kenderaan mengikut pelbagai segmen seperti pelajar, staf, dan juga Orang Kurang Upaya (OKU).


Tempat meletak kenderaan khusus bagi staf dan pelajar

UUM menyediakan tempat meletak kereta yang khas untuk pelajar dan staf. Papan tanda yang menunjukkan tempat meletak kereta bagi staf dan pelajar didapatkan di tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah Perpustakaan Sultanah Bahiyah.


Tempat meletak kenderaan khusus bagi pelawat

UUM juga menyediakan tempat meletak kereta bagi pelawat. Pelawat yang datang ke UUM bolehlah meletak kereta mereka di tempat yang telah disediakan. Tempat meletak kereta yang mempunyai tanda pelawat adalah didapati di sebelah DKG 2. Ini dapat menunjukkan bahawa UUM mengutamakan serta melayan pelawat dengan baik.


Tempat meletak kenderaan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

UUM juga menjaga dan mengutamakan kepentingan orang kurang upaya. OKU tidak lagi menghadapi kesukaran apabila mencari tempat untuk meletak kereta mereka kerana tempat meletak kereta yang khas bagi kepentingan mereka disediakan di UUM juga. Contohnya, papan tanda yang menujukkan tempat meletak kenderaan bagi OKU adalah di belakang bangunan DKG 4.

No comments:

Post a Comment