Friday, 15 March 2013

Dewan Mua'zam Shah (DMAS) dan Dewan Tan Sri Othman (DTSO)

Universiti Utara Malaysia (UUM) mempunyai dua dewan utama, iaitu DMAS dan DTSO. Kedua-dua dewan ini adalah terbuka kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti sahaja. Bagi hari biasa, dewan-dewan ini adalah tidak terbuka kepada orang luar.

Oleh sebab Dewan Mua'zam Shah (DMAS) adalah dewan terbesar di UUM dan merupakan simbol bagi universiti ini, majlis konvokesyen akan diadakan di dalam DMAS. Ramai graduan dan ahli keluarga bagi mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri dan ini meningkatkan permintaan tempat meletak kenderaan di DMAS. Oleh itu, DMAS telah menyediakan banyak tempat meletak kenderaan bagi pelawat serta graduan di UUM. Ini telah mendatangkan banyak kesenangan bagi mereka.











Seterusnya, Dewan kedua terbesar ialah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Dewan inin adalah lebih kecil berbanding dengan DMAS. Dewan ini digunakan untuk aktiviti yang lebih mudah seperti Majlis Penyampaian Dekan Mahasiswa dan Mahasiswi dan sebagainya. Selain itu, dewan ini juga digunakan untuk kegunaan peperiksaan. Oleh itu, tempat meletak kenderaan juga disediakan di sekeliling DTSO. Namun, bilangan tempat meletak kenderaan adalah kurang daripada DMAS.

No comments:

Post a Comment