Perpustakaan Sultanah Bahiyah di UUM sangat besar. Ramai mahasiswa dan mahasiswi akan pergi
perpustakaan ini untuk tujuan akademik serta mencari bahan bagi menyiapkan tugasan mereka. Terdapat banyak mahasiswa membawa kenderaan mereka ke perpustakaan dan justeru itu permintaan tempat meletak kenderaan adalah agak tinggi.
Di sini, terdapat tempat meletak kenderaan yang khas untuk kakitangan staf dan pelajar.
Gambar di atas ini menunjukkan tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf di UUM. Lokasi tempat meletak kenderaan ini lebih dekat dengan perpustakaan.
Gambar yang ditunjukkan di atas merupakan tempat meletak kenderaan bagi pelajar di UUM. Lokasi tempat meletak kenderaan ini lebih jauh berbanding dengan tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf yang berada di sebelah perpustakaan.
No comments:
Post a Comment