Tempat meletak kenderaan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) adalah disediakan untuk mahasiswa dan kakitangan staf yang menghadiri kuliah di DKG UUM.
DKG 2
Tempat meletak kenderaan di DKG 2 adalah tidak mencukupi. Tempat meletak kenderaan ini adalah penuh dan sesak sepanjang kuliah dijalankan.
DKG 3 (Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen)
Tempat meletak kenderaan di Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen yang berada di sebelah bangunan DKG 3 adalah penuh apabila mahasiswa dan kakitangan staf menjamu selera selepas mereka menghadiri kuliah ataupun ketika menunggu kuliah yang seterusnya. Mereka juga meletak kenderaan mereka di sini apabila mempunyai kuliah di DKG 3. Pada hari kebiasaannya, tempat meletak kenderaan di sini selalunya penuh dan tidak mencukupi.
DKG 4
Tempat meletak kenderaan di DKG 4 disediakan untuk mahasiswa dan kakitangan staf yang mempunyai kuliah di DKG 4. Tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf berada di hadapan bangunan DKG 4 manakala tempat meletak kenderaan bagi pelajar berada di belakang DKG 4.
DKG 5
Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di bawah adalah di depan bangunan UUM PRESS yang berada di sebelah DKG 5. Tempat meletak kenderaan di sini selalunya penuh dan tidak mencukupi kerana lokasi tempat ini strategik. Tempat meletak kenderaan di sini telah mendatangkan banyak manfaat kepada kakitangan staf dan mahasiswa.
Tempat meletak kenderaan di sini jugalah disediakan khas untuk jawatankuasa.
Gambar di bawah juga menunjukkan tempat meletak kenderaan di sebelah DKG 5.
Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di bawah adalah banyak dan tidak penuh. Hal ini kerana lokasi di sini lebih jauh berbanding dengan tempat kenderaan di hadapan UUM PRESS. Kakitangan staf dan mahasiswa tidak suka untuk meletak kenderaan di sini kerana perlu berjalan lebih jauh ke DKG 5.
DKG 6
Tempat meletak kenderaan di DKG 6 disediakan untuk kakitangan staf, pensyarah dan mahasiswa yang mempunyai kuliah di DKG 6. Tempat meletak kenderaan di DKG 6 adalah sangat banyak dan mencukupi kerana kawasan yang diliputi amatlah besar. Kakitangan staf dan mahasiswa juga boleh meletak kenderaan mereka di sekeliling DKG 6 yang berhampiran dengan tempat kuliah mereka.
No comments:
Post a Comment