Sunday, 17 March 2013

Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

UUM juga telah menyediakan tempat meletak kenderaan di kawasan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tempat meletak kenderaan ini adalah disediakan untuk kakitangan PKU dan jugalah mahasiswa yang ingin mendapat kemudahan kesihatan.





Tempat meletak kenderaan yang disediakan di PKU UUM adalah cukup. Kakitangan dan mahasiswa memperolehi kesenangan apabila ingin berjumpa dengan doktor ataupun mendapat kemudahan kerana tempat meletak kenderaan dibina mengelilingi kawasan PKU.

Saturday, 16 March 2013

Dewan Kuliah Gugusan (DKG)

Tempat meletak kenderaan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) adalah disediakan untuk mahasiswa dan kakitangan staf yang menghadiri kuliah di DKG UUM.


DKG 2

Tempat meletak kenderaan di DKG 2 adalah tidak mencukupi. Tempat meletak kenderaan ini adalah penuh dan sesak sepanjang kuliah dijalankan.









DKG 3 (Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen)

Tempat meletak kenderaan di Medan Selera Hijau Kuning dan Restoran Yasmeen yang berada di sebelah bangunan DKG 3 adalah penuh apabila mahasiswa dan kakitangan staf menjamu selera selepas mereka menghadiri kuliah ataupun ketika menunggu kuliah yang seterusnya. Mereka juga meletak kenderaan mereka di sini apabila mempunyai kuliah di DKG 3. Pada hari kebiasaannya, tempat meletak kenderaan di sini selalunya penuh dan tidak mencukupi.






DKG 4

Tempat meletak kenderaan di DKG 4 disediakan untuk mahasiswa dan kakitangan staf yang mempunyai kuliah di DKG 4. Tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf berada di hadapan bangunan  DKG 4 manakala tempat meletak kenderaan bagi pelajar berada di belakang DKG 4.






DKG 5

Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di bawah adalah di depan bangunan UUM PRESS yang berada di sebelah DKG 5. Tempat meletak kenderaan di sini selalunya penuh dan tidak mencukupi kerana lokasi tempat ini strategik. Tempat meletak kenderaan di sini telah mendatangkan banyak manfaat kepada kakitangan staf dan mahasiswa. 







Tempat meletak kenderaan di sini jugalah disediakan khas untuk jawatankuasa.




Gambar di bawah juga menunjukkan tempat meletak kenderaan di sebelah DKG 5. 





Tempat meletak kenderaan yang ditunjukkan di bawah adalah banyak dan tidak penuh. Hal ini kerana lokasi di sini lebih jauh berbanding dengan tempat kenderaan di hadapan UUM PRESS. Kakitangan staf dan mahasiswa tidak suka untuk meletak kenderaan di sini kerana perlu berjalan lebih jauh ke DKG 5.






DKG 6

Tempat meletak kenderaan di DKG 6 disediakan untuk kakitangan staf, pensyarah dan mahasiswa yang mempunyai kuliah di DKG 6. Tempat meletak kenderaan di DKG 6 adalah sangat banyak dan mencukupi kerana kawasan yang diliputi amatlah besar. Kakitangan staf dan mahasiswa juga boleh meletak kenderaan mereka di sekeliling DKG 6 yang berhampiran dengan tempat kuliah mereka.



Friday, 15 March 2013

Dewan Mua'zam Shah (DMAS) dan Dewan Tan Sri Othman (DTSO)

Universiti Utara Malaysia (UUM) mempunyai dua dewan utama, iaitu DMAS dan DTSO. Kedua-dua dewan ini adalah terbuka kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti sahaja. Bagi hari biasa, dewan-dewan ini adalah tidak terbuka kepada orang luar.

Oleh sebab Dewan Mua'zam Shah (DMAS) adalah dewan terbesar di UUM dan merupakan simbol bagi universiti ini, majlis konvokesyen akan diadakan di dalam DMAS. Ramai graduan dan ahli keluarga bagi mahasiswa dan mahasiswi akan menghadiri dan ini meningkatkan permintaan tempat meletak kenderaan di DMAS. Oleh itu, DMAS telah menyediakan banyak tempat meletak kenderaan bagi pelawat serta graduan di UUM. Ini telah mendatangkan banyak kesenangan bagi mereka.











Seterusnya, Dewan kedua terbesar ialah Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Dewan inin adalah lebih kecil berbanding dengan DMAS. Dewan ini digunakan untuk aktiviti yang lebih mudah seperti Majlis Penyampaian Dekan Mahasiswa dan Mahasiswi dan sebagainya. Selain itu, dewan ini juga digunakan untuk kegunaan peperiksaan. Oleh itu, tempat meletak kenderaan juga disediakan di sekeliling DTSO. Namun, bilangan tempat meletak kenderaan adalah kurang daripada DMAS.

Thursday, 14 March 2013

Tempat meletak kenderaan mengikut segmen warga UUM

UUM mengutamakan warga UUM dengan menyediakan tempat meletak kenderaan yang lebih spesifik untuk kesenangan warga UUM.
UUM menyediakan tempat meletak kenderaan mengikut pelbagai segmen seperti pelajar, staf, dan juga Orang Kurang Upaya (OKU).


Tempat meletak kenderaan khusus bagi staf dan pelajar

UUM menyediakan tempat meletak kereta yang khas untuk pelajar dan staf. Papan tanda yang menunjukkan tempat meletak kereta bagi staf dan pelajar didapatkan di tempat meletak kenderaan yang berada di sebelah Perpustakaan Sultanah Bahiyah.


Tempat meletak kenderaan khusus bagi pelawat

UUM juga menyediakan tempat meletak kereta bagi pelawat. Pelawat yang datang ke UUM bolehlah meletak kereta mereka di tempat yang telah disediakan. Tempat meletak kereta yang mempunyai tanda pelawat adalah didapati di sebelah DKG 2. Ini dapat menunjukkan bahawa UUM mengutamakan serta melayan pelawat dengan baik.


Tempat meletak kenderaan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

UUM juga menjaga dan mengutamakan kepentingan orang kurang upaya. OKU tidak lagi menghadapi kesukaran apabila mencari tempat untuk meletak kereta mereka kerana tempat meletak kereta yang khas bagi kepentingan mereka disediakan di UUM juga. Contohnya, papan tanda yang menujukkan tempat meletak kenderaan bagi OKU adalah di belakang bangunan DKG 4.

Wednesday, 13 March 2013

Alumni Junction

Kami ingin membincangkan tentang tempat meletak kenderaan yang berada di Alumni Junction. Alumni Junction merupakan satu tempat di UUM yang berada bertentangan dengan DKG 1 dan DKG 2. Alumni Junction telah dibiarkan kekosongan oleh itu tempat meletak kenderaan menjadi amat banyak.





Tempat meletak kenderaan yang disediakan di Alumni Junction adalah untuk bagi menampung mahasiswa dan kakitangan yang terlalu ramai kerana kekurangan tempat meletak kenderaan yang disediakan di kawasan DKG 1 dan DKG 2.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Perpustakaan Sultanah Bahiyah di UUM sangat besar. Ramai mahasiswa dan mahasiswi akan pergi perpustakaan ini untuk tujuan akademik serta mencari bahan bagi menyiapkan tugasan mereka. Terdapat banyak mahasiswa membawa kenderaan mereka ke perpustakaan dan justeru itu permintaan tempat meletak kenderaan adalah agak tinggi.

Di sini, terdapat tempat meletak kenderaan yang khas untuk kakitangan staf dan pelajar.



Gambar di atas ini menunjukkan tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf di UUM. Lokasi tempat meletak kenderaan ini lebih dekat dengan perpustakaan.




Gambar yang ditunjukkan di atas merupakan tempat meletak kenderaan bagi pelajar di UUM. Lokasi tempat meletak kenderaan ini lebih jauh berbanding dengan tempat meletak kenderaan bagi kakitangan staf yang berada di sebelah perpustakaan.

Tuesday, 12 March 2013

Masjid

Di dalam UUM, terdapat satu masjid yang amat besar. Masjid ini adalah khas untuk penganut Islam UUM supaya memudahkan mereka untuk tujuan sembahyang. Setiap Jumaat, masjid ini akan dipenuhi oleh penganut Islam dan kenderaan, oleh itu tempat meletak kenderaan perlulah mencukupi untuk menampung kenderaan. Disebabkan tempat meletak kenderaan yang mencukupi, penganut Islam tidak perlulah membazir masa untuk mencari kekosongan tempat meletak kenderaan.